top of page

Majlis Perasmian

Ihana Garten  

CYBERJAYA 21 Sept.- Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Berhad (Koputra) telah bekerjasama dengan syarikat Bukit Merah Holdings Sdn. Bhd. bagi membangunkan pusat perkembangan kanak-kanak Ihana Garten. Pengerusi Koputra, Zaharuddin Alias berkata, inisiatif itu merupakan salah satu cabang perniagaan baharu pihaknya bagi mempelbagaikan lagi perniagaan demi menjadi salah satu koperasi terbaik di Malaysia.

​

Beliau berkata, Ihana Garten menggunakan modul yang dibangunkan sendiri oleh Bukit Merah Holdings dengan berinspirasikan Korikulum Standard Pra-Sekolah (KSPK) dan Kokurikulum Asas Asuhan Permata. “Ihana Garten cawangan pertama telah dibuka pada 1 Julai lalu di Tamarind Square, Cyberjaya. Kami giat merangka stretegi promosi dan pemaran yang berkesan untuk memperkenalkan lagi pusat perkembangan kanak-kanak ini. “Di cawangan pertama ini, kami menyasarkan kemasukan sebanyak 50 kanak-kanak menjelang pertengahan 2020. Yuran yang dikenakan juga berpatutan iaitu RM650 sebulan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, perasmian Ihana Garten cawangan Tamarind Square itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.

 

Menurut Zaharuddin, atas faktor permintaan semasa, Pusat Transit Enrich juga telah dibuka bersebelahan Ihana Garden di Tamarind Square sebagai pelengkap kepada struktur pusat perkembangan kanak-kanak.

Selain itu katanya, pihaknya berhasrat untuk membuka sekurang-kurangnya 10 lagi cawangan Ihana Garten dan Pusat Transit Enrich di seluruh negara menjelang 2023.

​

“Selain mengembangkan lagi cabang perniagaan, inisiatif ini juga diyakini dapat membuka peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi mereka yang terlibat dalam sektor ini,” katanya. Dalam pada itu katanya, Koputra juga menawarkan perkhidmatan konsultan kepada mana-mana individu dan koperasi yang berminat untuk membangunkan pusat perkembangan awal kanak-kanak di negara ini.- UTUSAN ONLINE

bottom of page