top of page

MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KPC PROPERTY CARE SDN BHD, SHAM PEST CONTROL SDN BHD & MB HYGIENE SOLUTION SDN BHD

Pada 21 Oktober 2024 (Isnin), Tn Hj Zaharudin Alias, Pengerusi KPC Property Care Sdn Bhd merangkap Pengerusi Koperasi KOPUTRA Berhad, telah merasmikan majlis dan Dato' Hj Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Selangor, telah dijemput untuk menyaksikan penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPC Property Care Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA), bersama Sham Pest Control Sdn Bhd dan MB Hygiene Solution Sdn Bhd. Majlis berprestij ini diadakan di Restoran Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya.
 

Majlis ini turut dihadiri oleh; Tn Hj Saifulzaman, Pengarah KPC Property Care Sdn Bhd; En Shamsudin Saleh, Pengarah Urusan Sham Pest Control Sdn Bhd; En Mohd Baihaqi Hasbullah, Pengarah Urusan MB Hygiene Solution Sdn Bhd; serta En Kamsani Muda, Ketua Pegawai Eksekutif KPC Property Care Sdn Bhd. Selain itu, para pegawai pengurusan dan wakil dari syarikat-syarikat yang terlibat juga turut hadir bagi memeriahkan majlis.
 

KPC Property Care Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak tahun 2016 dan kini mempunyai lebih 500 orang pekerja. Kejayaan syarikat ini, yang dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA), adalah hasil daripada pengurusan yang cemerlang dan integriti yang tinggi dalam kalangan pelanggan serta rakan niaganya.

Dalam persefahaman yang dimeterai melalui MoU ini, ketiga-tiga syarikat berkenaan telah bersetuju untuk berkolaborasi berdasarkan kepakaran masing-masing. Semoga dengan kerjasama ini, KPC Property care dapat bertukar pendapat dan melangkah lebih jauh dengan membawa lebih banyak perkhidmatan dan mendapat kepercayaan dari pelanggan.
 

Semoga KPC Property Care Sdn Bhd terus berkembang maju dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

bottom of page