top of page

Mesyuarat Agung Kawasan Tengah
23 Mac 2019
De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor

KOPUTRA mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Zon Tengah yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah SKM Negeri Selangor, YBhg Encik Jaafar Bin Ahmad bertempat di De Palma Hotel pada 23 Mac 2019. Terlebih dahulu ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

​

Majlis diikuti dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah SKM Negeri Selangor, YBhg Encik Jaafar Bin Ahmad. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan beliau hendak melihat supaya pendokong dan penggerak koperasi KOPUTRA turut berperanan sebagai agen penyampai maklumat positif bagi pihak kerajaan kepada masyarakat keseluruhannya. Kita mesti bekerjasama di dalam soal ini supaya kestabilan dan keamanan politik negara kini dapat kita pertahankan bersama.

​

Majlis kemudiannya diikuti dengan Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang kategori PT3 diberikan kepada Siti Nur Adlina binti Musa dan Nur Syazana Binti Mohd Zaidi, bagi kategori Ijazah Sarjana Muda diberikan kepada Siti Nur Anisah Binti Musa. Kemudian majlis diteruskan dengan Penyerahan Anugerah Pencarum Tertinggi diberikan kepada En. Wan Omar bin Wan Jaafar bekerja di Bank Muamalat Malaysia Berhad

bottom of page