top of page

KOPUTRA mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Zon Malaysia Timur yang disempurnakan oleh Pengarah SKM Negeri Sabah, YBhg Haji Umar Sarim Bin Haji Saidin bertempat di TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Mac 2019. Terlebih dahulu ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

​

Majlis diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pengarah SKM Negeri Sabah, YBhg Haji Umar Sarim Bin Haji Saidin. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan KOPUTRA perlu sentiasa peka dengan perkembangan-perkembangan yang berlaku khususnya didalam sektor ekonomi negara. Mana-mana perkembangan yang boleh diterjemahkan sebagai peluang hendaklah direbut dengan segala kekuatan yang ada.

​

Majlis kemudiannya diikuti dengan Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang kategori PT3 diberikan kepada Siti Nur Adlina binti Musa dan Nur Syazana Binti Mohd Zaidi, bagi kategori Ijazah Sarjana Muda diberikan kepada Siti Nur Anisah Binti Musa. Kemudian majlis diteruskan dengan Penyerahan Anugerah Pencarum Tertinggi diberikan kepada En. Wan Omar bin Wan Jaafar bekerja di Bank Muamalat Malaysia Berhad.

KPC Property Care Sdn Bhd

Wisma KOPUTRA 2, No.27-3, Jalan Taming Permai 1, Taman Taming Jaya,

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

 

Hotline:    012-368 6130

Farhan:    019-363 2093

Syuhada: 013-733 3743

Office:      03-8940 9881
 

Fax :  03-89392079

Email : kpccareline@gmail.com

bottom of page