Mesyuarat Agung Kawasan Wilayah
2 Mac 2019
Menara Bumiputra, Kuala Lumpur

KOPUTRA mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Zon Wilayah yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, merangkap Penasihat KOPUTRA, Ybhg Dato’ Hj Mohd Redza Shah Bin Abdul Wahid bertempat di Menara Bumiputra, Jalan Melaka, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2019. Terlebih dahulu ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

Majlis diikuti dengan ucapan perasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, merangkap Penasihat KOPUTRA, Ybhg Dato’ Hj Mohd Redza Shah Bin Abdul Wahid. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan gerakan koperasi mempunyai falsafahnya sendiri. Ia tidak mementingkan keuntungan yang maksimum, tetapi apa yang diutamakan ialah kebajikan anggotanya. Koperasi dikawal, ditadbir dan diuruskan oleh anggotanya sendiri
sebagai pemilik dan pelanggan. Keunikan ini memudahkan koperasi menjalankan aktiviti- aktiviti bagi meningkatkan taraf pendapatan anggotanya. 

 

Majlis kemudiannya diikuti dengan Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori UPSR:

  • Nur Alya Batrisyia Bt Shaharud-din

  • Muhammad Danish Irfan Bin Nasimussobah

  • Maira Jasmine Binti Zafrul Hafiz

  • Rabiatul Adawiyah Binti Zahari

  • Nur’aina Sofiya Binti Shahrullrizal

Bagi Kategori Penilaian Sekolah Rendah Agama diberikan kepada :

  • Darwish Akmal Bin Haffiz Annuar 

  • Maira Jasmine Binti Zafrul Hafiz

Bagi Kategori PT3 diberikan kepada :

  • Muhammad Muhaimin Bin Zaini

  • Nuraida Nadhirah Binti Norazlan

  • Muhammaf Aiman Bin Awang@Musran

  • Farah Aulia Binti Ahmad Sanusi

  • Nur Azizah Binti Din

  • Wan Ahmad Farhan Wan Mohd Hamid

Bagi Kategori Diploma :

  • Nuraina Nazihah Binti Norazlan

  • Siti Nurnajihah Binti Baharuddin

  • Nur Hidayah Bt Azman

Bagi Kategori Ijazah Sarjana Muda :

  • Muhammad Syafiq Bin Abdul Saman

Anugerah Pencarum Tertinggi diberikan kepada Norizuan bin Mohamad Nordin, bekerja sebagai Admin & Servis, Bank Muamalat, Jalan Melaka dan Anugerah Penyumbang Tertinggi Modal Syer & Modal Yuran. Anugerah seterusnya adalah Anugerah Keluarga Teramai yang diberikan kepada Junaidah binti Lajis, bekas kakitangan Bank Muamalat, Jalan Melaka dengan bilangan anggota keluarga sertai seramai 3 orang. Kemudian majlis diteruskan dengan Penerima Tabung Kebajikan Anggota (Bencana) diserahkan kepada En. Aminurdin Bin Ismail. Sumbangan sebanyak RM 2,000 diberikan kepada beliau.

1/2

KPC Property Care Sdn Bhd

KPC Property Care Sdn Bhd

Wisma KOPUTRA
No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19
Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89419770
Fax : 03-89392079

Email : kpccareline@gmail.com