UCAPAN HARI RAYA
OLEH TN. PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim…
Selawat dan salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih
sayang-Nya, kita dapat bertemu lagi pada bulan Ramadhan kali ini. Semoga puasa
kita pada tahun ini diterima dan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T supaya kita
dapat meneruskan kehidupan seharian sebagai Khalifah di bumi Allah ini dan diberi
peluang untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang Insya Allah.
Perginya ramadhan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada
umat islam ini kerana ALLAH S.W.T telah menegaskan sebagaimana firmanNYA
yang bermaksud;
“Dan hendak lah kamu menyempurnakan bilangan puasa pada Bulan Ramadhan
dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah apabila berhariraya kerana
Allah berikan hidayah kepada mu.”
(Surah Al Baqarah : 185)
Dikesempatan ini saya mewakili ALK KOPUTRA ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada seluruh Umat Islam Khusus kepada Ahli-Ahli
KOPUTRA, dimana hari ini Allah telah menyuruh kita supaya menyambutnya
dengan kegembiraan dengan berpakaian baru bersama keluarga.
Saya ingin berpesan di dalam kesibukan menyambut Syawal ini, saya menyeru
kepada semua warga KOPUTRA agar bijak berbelanja dan tidak berlebih-lebihan.
Sewajarnya Syawal yang bakal menjelma ini disambut dengan penuh kesyukuran
dan kesederhanaan.
Sama-sama lah kita menyemarakkan Hari Raya Aidilfitri ini dengan menziarahi
ibubapa, sanak saudara, sahabat handai bagi mengukuhkan silaturahim diantara
kita.
Selain dari itu, suka saya mengingatkan kepada semua agar sabar dan berhati-hati
ketika memandu. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi dan
ingat orang tersayang.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf
Zahir dan Batin. Diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita akan diperkukuhkan
lagi dengan limpahan dan kurniaan-NYA. Semoga syawal ini menjadikan kita hamba
Allah yang lebih bertakwa dan lebih kuat melaksanakan tanggungjawab agama.
Amin YaRabbal ‘Alamin.
Salam hormat daripada kami, Selamat Meyambut Hari Raya AidilFitri 1437H
Iklas Daripada,
HJ. GHAZALI ISMAIL
Pengerusi,
Serta ALK dan Staff KOPUTRA.