top of page

       CSR DI MASJID AL-MUSTAQIM,

BANDAR RINCHING SEKSYEN 5, SEMENYIH

KOPUTRA telah mengadakan aktiviti CSR pada 17 Disember 2016 yang lalu di Masjid Al-Mustaqim yang terletak di bandar Rinching Seksyen 5 dekat Semenyih. 

 

Aktiviti ini telah dijayakan oleh ahli KOPUTRA daripada pengurusan dan pihak property care. Aktiviti ini juga telah dibantu oleh ahli qariah masjid. Ahli KOPUTRA membersihkan bahagian dalam masjid, dan tidak lupa juga membersihkan bahagian luar masjid.

 

Bahagian masjid telah di cat, dibersihkan, dan segala peralatan telah dibersihkan dan di susun atur dengan kemas. Aktiviti ini secara tidak langsung telah melahirkan rasa tanggung jawab dan cinta akan kebersihan dan mengeratkan silaturrahim antara KOPUTRA dengan pihak masjid.

bottom of page